Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Mengikut cerita lama, nama Bentong dahulunya dikenali sebagai Kapong. Pada waktu itu, Bentong berpusat di sekitar kawasan pasar iaitu di pertemuan antara Sungai Repas dan Sungai Perting. Ia mula menjadi pusat tumpuan apabila bijih timah ditemui di kedua-dua sungai tersebut.

Pelombong-pelombong bijih timah telah membina satu ban untuk melombong bijih timah bagi mendapat hasil yang lebih menguntungkan. Peristiwa ini telah menjadi bualan orang luar dan mereka telah menamakannya sebagai “Ban Untung” (ban yang menguntungkan). Perkataan “Ban Untung” menjadi lebih dikenali oleh orang ramai berbanding dengan Kapong. Lama-kelamaan perkataan “Ban Untung” bertukar menjadi Bentong.

Dari cerita lain yang ditulis oleh Pak Zek (Allahyarham Dato’ Zakaria Hitam, seorang Budayawan Pahang), perkataan Bentong berasal daripada perkataan Bapong yang bermaksud timbul.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PROGRAM SANTAI MINUM PETANG

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Program ini adalah program ramah mesra bersama Penghulu Mukim dan wakil-wakil ketua komuniti...baca selanjutnya

Program Menghubung Menyatu

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2018

Pameran aktiviti yang terdapat di PI1M termasuklah e-waste, KDB, word search, dan pendaftaran ahli Pi1m sempena pelancaran Program Menghubung Menyatu...baca selanjutnya

Program Gaya Hidup Sihat

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2018

Program ini terdiri dari pameran memasak makanan sihat, pameran jualan dan promosi dari PI1M serta usahawan...baca selanjutnya

Program Pelancaran Felda Lurah Bilut 2.0

Aktiviti Terkini | 03 & 04 Februari 2018

Program ini dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Najib Bin TuN Haji Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia. Petugas PI1M diberi peluang untuk mengadakan pameran tentang aktiviti yang terdapat di PI1m termasuklah e-waste, KDB, word search, dan pendaftaran ahli Pi1m sempena pelancaran Felda Lurah Bilut sebagai Felda Digital....baca selanjutnya

TAKLIMAT DIGI CYBERSAFE DI HARI TERBUKA PI1M BUKIT CERMIN & TAMAN JENGKA IMPIAN

Aktiviti Terkini | 24 & 25 Januari 2018

Banyak aktiviti dan program yang dijalankan semasa Hari Terbuka PI1M antaranya Program Advokasi iaitu Slot Klik Dengan Bijak (KDB). Slot KDB ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit . Kami juga mengadakan Pop Kuiz kepada peserta dimana mereka perlu menjawab soalan kuiz dengan cepat dan betul, ia akan dikira sebagai pemenang...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti